Format The Chosen One

Seramai 30 peserta dipilih melalui ujibakat tertutup dan 16 daripada mereka dipilih oleh lapan orang selebriti, atau jurulatih rancangan ini untuk berentap di Episod Prelude. 16 peserta teratas yang dipilih dalam sesi ini akan bersaing untuk membentuk pasangan dengan selebriti tersebut. Hanya lapan daripada mereka yang terpilih sahaja akan bertanding selama enam minggu bersama pasangan selebriti mereka untuk merebut gelaran sebagai 'The Chosen One'.

'The Chosen One' dipecahkan kepada beberapa tema yang berbeza setiap minggu sebagai cabaran kepada para peserta. Mereja yang gagal menarik para juri serta mencapai kriteria permarkahan yang ditetapkan akan disingkirkan.

Setiap persembahan daripada barisan peserta bersama pasangan selebriti mereka diadili sepenuhnya oleh pihak juri berdasarkan teknik vokal (50%), kreativiti dan feel (30%) serta watak dan pembawaan persembahan mereka (20%).